Layanilah dirinya seolah dia melebihi segalanya,
Melebihi impian mu, melampaui mindanya,
Layanilah dirinya, seolah dirinya lebih dari yang kau pinta,
Melebihi harapanmu, melepasi batas imaji mu,
Bicara pada nya semanis mungkin, cintai nya sedalamnya,
Jadilah setulus mungkin, berilah hati mu kerana dia bukan sekadar perempuan,
Dia ibarat bidadari hidupmu, dia yang termanis di dunia mu,
Dia lebih cantik dari ribuan mawar yang mekar,
Wanita, perempuan, gadis...janganlah bersedih,
Kerana dirimu takkan tahu pabila seseorang akan jatuh cinta pada indah senyum mu,
Biarkan dirinya tahu, bahawa dirimu mengambil tahu,
Biarkan dirinya tahu, lakukan sesuatu yang istimewa, pada dirinya yang teristimewa,
Doakan dirinya mimpi-mimpi manis, semanis dirinya,
Doakan dirinya mimpi-mimpi indah, seindah dirinya,
Pabila dia menangis, jadilah yang pertama tempat dia merehatkan mindanya,
Dan menangislah bersama, supaya dirinya tahu bahawa dia tidak keseorangan,
Pabila dia ketawa, jadilah yang pertama mendengarnya,
Pabila dia bersedih, jadilah yang pertama membuatnya kembali ceria,
Dan pabila kau meluahkan rasa cinta terhadap si dia,
Pastikan dia melihat air mata yang tulus mengalir...
- Sesungguhnya wanita ibarat sebuah misteri yang indah -
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment